Pages




Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
---------------

Thursday, April 21, 2011

Myemail: Free Kepala Bana!

Myemail.my: Tricubes sasar notis KWSP, LHDN kekal operasi

KUALA LUMPUR, 20 April – Tricubes Berhad akan membuat peruntukan awal RM5.3 juta untuk menggerakkan projek e-mel 1 Malaysia, tetapi akan bergantung pada penghantaran notis simpanan persaraan dan cukai pendapatan untuk meneruskan perkhidmatannya, yang ramai menganggap sebagai sesuatu yang tidak perlu.

Syarikat IT itu, yang kini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia ekoran masalah pematuhan peraturan kewangan berkata perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah yang banyak akan membolehkannya menampung perbelanjaan keseluruhan RM50 juta tanpa melibatkan kewangan kerajaan ataupun awam.

Perkhidmatan akaun e-mel myemail.my akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Syarikat-syarikat kad kredit dan portal online seperti myeg.com.my sudah pun menyediakan kemudahan pembayaran untuk perkhidmatan-perkhidmatan sedemikian.

“Perkhidmatan asas kami adalah perkhidmatan e-mel tanpa sebarang kos kepada pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Khairun Zainal Mokhtar dalam satu kenyataan malam ini.

Jelas beliau, Tricubes tergolong dalam Nota Panduan (GN3) ekoran pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan, yang “tempoh pembangunan yang lama dan dalam arah tuju menjana pulangan untuk mendapatkan balik pelaburan.”
Khairun berkata, perkhidmatan e-mel adalah selamat memandangkan ia melibatkan kesahan dengan kad identiti MyKad yang dikeluarkan kerajaan.
Dalam pada itu, Bernama Online memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bahawa projek e-mel 1 Malaysia yang diumumkan semalam adalah
inisiatif sepenuh sektor swasta dan tidak membabitkan sektor awam.
“(Penyertaan) secara sukarela dan jika tidak mahu (turut) serta jangan sertai,” kata beliau di Ipoh.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa projek itu telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan dan diumumkan sebagai salah satu projek daripada tujuh projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Di bawah inisiatif berkenaan, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik.

Najib berkata insiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan juga meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.
Tricubes telah cuba tetapi gagal untuk mendapatkan pelepasan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk mematuhi syarat-syarat GN3.

Sebagai sebuah syarikat GN3, Tricubes perlu mengemuka dan melaksanakan rancangan regularisasi, melantik penaja sehingga ia tidak lagi dianggap sebagai syarikat GN, mengekalkan perkhidmatan penaja selama tiga tahun kewangan penuh selepas tidak lagi dianggap sebagai syarikat GN3 dan mengumumkan status rancangan regularisasi setiap bulan.
Makluman terakhir Tricubes kepada Bursa Malaysia pada 1 April lalu menunjukkan bahawa ia masih dalam proses regularisasi kewangannya.

Khairun menjelaskan bahawa sebuah syarikat GN3 masih dibenarkan oleh Bursa Malaysia untuk meneruskan aktiviti perniagaannya sementara meregularisasikan kedudukan kewangannya.

“Tricubes telah mencapai pencapaian dalam rancangan regularisasi yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia, dengan pelantikan penaja M&A Securities Sdn Bhd pada Januari 2011.
“Penaja dijangka mengemukakan rancangan regularisasi syarikat kepada Bursa Malaysia dan memperoleh kelulusan tidak lewat 29 Oktober 2011,” kata beliau dalam kenyataan lima halaman yang merangkumi 18 soalan.

Katanya, syarikat itu telah menunjukkan keupayaan untuk menjana pembiayaan bagi projek e-mel ini dan pasukan penilaian kerajaan telah mengadakan pertemuan dengan Bursa Malaysia untuk menjelaskan status GN3 Tricubes sebelum membuat pemilihan terakhir.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Myemail: Free Kepala Bana!"

Post a Comment

SUARA BLOGGER

APA-APA