Semua rakyat Malaysia kenal Lim Kit Siang. Tapi kenal itu kenal yang istimewa, kita fikir kita kenal dia amat sangat, tetapi kebanyakkan kita kenal dia dari jauh. Ini kerana ramai yang baca tulisan Kit Siang ataupun tulisan tentang Kit Siang, tak kiralah daripada penyokong ataupun pengkritiknya. Ramai juga yang pernah dengar ceramah Kit Siang ataupun menonton ucapan dia di Parlimen melalui Youtube. Dia seorang personaliti awam, hidupnya terbuka kepada semua.
Saya pun begitu, kenal Kit Siang amat sangat, kerana selalu mengikuti rencananya dan juga mendengar ucapannya, tetapi kenal itu, kenal dari jauh. Sebab secara individunya, saya lihat Kit Siang seorang yang jarang bercakap. Begitu petah orang ini berucap di Parlimen dan pentas ceramah, tetapi bila bersendirian, dia nampaknya lebih suka berdiam diri. Itulah persepsi saya terhadap Kit Siang.
Kisah 1969
Jadi, adakah orang yang kita semua kenal ini pembelot ataupun patriot? Biarlah perlakuan orang yang “jarang bercakap” ini menjawab soalan tersebut. Satu peristiwa yang mungkin diketahui umum di kalangan generasi terdahulu yang telah disenyapkan buat generasi kini ialah kisah penahanan Lim Kit Siang pada tahun 1969. Pada masa itu, Kit Siang umurnya hanya 28 tahun, partinya DAP hanya setahun jagung (DAP secara rasminya ditubuhkan pada 1966).
Ketika itu berlaku peristiwa gelap 13 Mei yang sehingga kini diwar-warkan oleh pemerintah untuk menakutkan rakyat. Pada 13 Mei 1969, Lim Kit Siang berada di Kota Kinabalu (KK), Sabah. Dia tiada di Kuala Lumpur tempat memuncaknya pergolakkan. Komrad-komrad memberi amaran kepada Kit Siang bahawa jika dia pulang ke Kuala Lumpur, besar kemungkinan akan ditahan, ataupun mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku ke atas dirinya.
Tetapi Lim Kit Siang bukan penakut, dia bertegas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu, tiadalah penerbangan terus dari KK ke KL, maka Kit Siang terpaksa singgah di Singapura. Di Singapura, sekali lagi Kit Siang dinasihatkan supaya jangan pulang, nanti jadi mangsa kekejaman politik pemerintah. Pemerintah perlukan domba korban untuk peristiwa 13 Mei, dan pembangkanglah target mudah mereka.
Jika…mungkin…
Cuba bayangkan jika Kit Siang mendengar nasihat rakan-rakannya dan menetap di Singapura. Paling kurangpun, dia akan terselamat dari tahanan ISA pada tahun 1969 (lebih kurang 20 tahun selepas itu, Kit Siang ditahan di bawah ISA buat kali kedua dalam Ops Lalang). Jika Kit Siang ketika itu bertukar fikiran dan terus tinggal di Singapura, mungkin pada hari ini, dia sudahpun pembesar negara tersebut bukan seorang ahli politik pembangkang yang keluar masuk penjara. Devan Nair yang bakal menjadi Presiden Republik Singapura pada tahun 1981 merupakan seorang rakan dan senior kepada Lim Kit Siang. Jika Kit Siang mendengar nasihat rakan-rakannya dan tidak pulang ke Kuala Lumpur pada tahun 1969, mungkin anaknya Lim Guan Eng tidak akan ditahan di bawah ISA pada tahun 1987 dan ditahan sekali lagi pada tahun 1998 akibat membela keadilan bagi pihak seorang gadis Melayu. Biar imaginasi kita bermain untuk seketika, jika Lim Kit Siang terus tinggal di Singapura pada tahun 1969, maka mungkin pada hari ini Lim Guan Eng bukan setakat Ketua Menteri sebuah negeri di Malaysia, tetapi seorang Menteri di sebuah negara jiran.
Tapi itu semua persoalan “kemungkinan”. Kita tidak dapat mengubah drama dalam sejarah. Yang berlaku bukan lagi “mungkin” tetapi sejarah. Dan sejarah mencatatkan bahawa Lim Kit Siang enggan mendengar nasihat rakan-rakannya supaya tidak pulang ke Kuala Lumpur. Dia pulang.
Lim Kit Siang telah pulang ke tanah air pada tahun 1969 dan terus ditahan “on the spot” di lapangan terbang Subang.
Politik “kepulangan” Lim Kit Siang
Perjuangan politik sebenar bukan pertandingan slogan ataupun akaun bank siapa yang lebih besar, tetapi perjuangan yang menawarkan diri sepenuh-penuhnya kepada satu visi yang suci. Politik Lim Kit Siang bukan politik sandiwara. Politik sandiwara sama seperti pergi menonton wayang, kita dapat keseronokkan sekejap selagi filem masih berlangsung. Keluar dari theater sahaja, girang sudah berkurangan. Politik Kit Siang politik sebenar-benarnya, itu politik yang hidup, ada naik turun, berliku-liku, perlu komitmen selagi nyawa terkandung badan. Politik Kit Siang ialah politik “kepulangan” (“homecoming“), dia ada tiga hari di Singapura sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada tahun 1969; antara nyawa sendiridan tanah air, dia pilih tanah air. Politik yang sebenar-benarnya, ialah politik kepulangan, satu keputusan yang akan menyakitkan dirinya tetapi itulah adat politik yang hidup, komitmen akan membawa ke tempat-tempat yang kurang selesa, tetapi jika sudah komitmen, maka pergi jua dia.
Pemerintah boleh mengabus sejarah, tetapi tidak boleh mengubah sejarah. Sejarah telah menginsafkan kita apakah jiwa Lim Kit Siang – pembelot atau patriot.
13 tahun selepas budak mentah pelajar tingkatan empat itu marah orang tuanya kerana menyokong Lim Kit Siang, dia kini telah menjadi ahli Parti Tindakan Demokratik, ataupun “Roket” dan berjuang di bawah inspirasi politik “kepulangan” Lim Kit Siang.
Selamat Hari Lahir ke-70, Saudara Lim Kit Siang.
Steven Sim
– Saya mengimpikan satu hari di mana sistem pendidikan kita dibebaskan daripada cekaman hegemoni politik supaya anak-anak muda tidak terpedaya seperti saya 13 tahun dahulu.
Penulis merupakan Bendahari Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang falsafah.
PERANAN MENCARI HARUS SEIMBANG DENGAN OENGGUNAAN WANG RAKYAT
-
Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar,
masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.
Pandangan saya, k...
19 minutes ago
0 comments: on "Lim Kit Siang..siapa cina ni???"
Post a Comment